Blogger Backgrounds

Pages

Thursday, 23 February 2012

Pon! Pon! Pon! Bunyi Hon!

Terasa lama tak online.. almaklumlah rumah kat kampung tak da kuasa 3 lagi macam BoboiBoy. Apa kaitan? Haha. Rumah kat kampung line gprs je dapat tapi tu pun kalau dapat on9 menyakitkan hati juga sebab faham2 lah.. huhu. Tapi dua hari ni berkesempatan on9 sebab tidur kat rumah abang aku yang terletak di kawasan bandar jugaklah. Sambil2 menjadi baby sitter untuk 2 orang anaknya untuk 2 hari ni sempat jugaklah online seketika.

Penting sangat ke nak on9 ni? Penting tu tak la Cuma kadang2 kalau on9 ni boleh gak tahu tentang hal2 terkini. Terutamanya cerita dalam fb. Haha. Sebenarnya tiada apa pun kat fb tu.. kalau ada yang penting pun mungkin dalam 20% jak. Selebihnya hanya hiburan semata2.. hmmm…

Dalam kesempatan ni tiada apa juga yang penting nak story dalam laman ni. Just for fun.. suka2. Boring tak tahu nak buat apa.. emmm ok la nak story pengalaman drive la untuk entry kali ni. Hehe.

Act saya ni masih pemandu baru lagi. P pun tak habis lagi. Masa drive lutut tak la rasa terketar2 tapi nervous tu tetap ada. Huh berpeluh juga even dalam kereta pasang aircond. Masih dalam tempoh Percubaan la katakan.. haha.

Apa yang penting sebenarnya jangan panik masa drive. Cool je walaupun buat salah. Haha. So far dah 2 kali kena hon masa drive atas jalan raya. 1st tu masa kat roundabout. Boleh pulak mati enjin masa tunggu kereta dari laluan kanan melalui bulatan tu. Tak pasal2 kereta kat belakang bunyikan hon. Haha. Second pulak masa drive nak datang rumah abang aku kat sini. Masa tu kat simpang 4. Aku nak masuk simpang kanan. (sendiri pening nak tulis ayat penerangan).. haha. Sebelum sampai kat traffic light aku nak masuk la lorong belah kanan sebelum meluncur masuk simpang kanan tapi tengok ada kereta kat belakang. Jadi aku teragak2 nak masuk ke tak. Tak pasal2 kena hon lg. macam main2 je atas jalan raya tu. Haha.

Kadang2 rasa kelakar tapi aku anggap ni proses aku belajar drive atas jalan raya. Kena berani dan tenang masa memandu. Paling penting juga sentiasa berhati2 dan jangan terlalu hampir dengan kereta yang berada di hadapan. Pesanan daripada penaja. Hehe.

Wassalam..

Friday, 10 February 2012

Segalanya Pasti

Gelora melanda di dalam hidupku
Dapatkah kucari tenang
Awan kelabu menutup cahaya
Masa kurasa sinarannya

Sampai bila aku menahan tangisan
Yang berlubuk dalam jiwa
Namun ku mampu tersenyum
Pada isi alam
Dan padamu yang mengcewakan
Tiap harapan hatiku
Kini membeku dan kau pun membisu
Tiada lagi menyinta

Gelora melanda di dalam hidupku
Dapatkah kucari tenang
Hilang di jiwa
Wajahmu sering kujumpa
Terasa beratnya
Jiwa tertekan

Serasakan ingin ku bertanya
Padamu takdir yang lama di sana
Mengapakah aku telah diperlakukan
Dengan beban cinta yang kecewa

Relalah aku menerimanya
Kutahu esok tidak serupa
Moga ada rahsia kekecewaanku
Bagai penawar ketenangan

Dalam hidupku berilah sinar
Beraraklah awan yang kelabu
Tidak salahmu
Yang menghancurkan
Dan demi Tuhan Yang Esa
Bahagialah dikau

Wednesday, 8 February 2012

Suatu Permulaan Tentang Bugis

07hb baru berlalu.. 07/02/12 bermakna 4 bulan telah berlalu.. semoga aku terus tabah menghadapi ujian yang mendatang.. walaupun banyak rintangannya namun doa sentiasa dipanjatkan.. Allah maha mendengar.. Allah juga maha berkuasa atas sesuatu yang dikehendakiNya.     
      
Ok tak nak sedih2 lagi. Officially dalam entry kali ni saya akan bercerita tentang perkara yang selama ini ingin aku ceritakan. Setelah berbulan2 akhirnya aku akan cerita tentang apa yang aku janjikan dulu. Ingat lagi tak? Hmmm dah lupa la tu. Tak pa saya ingatkan kembali.. hari tu kan saya ada janji nak cerita tentang Bugis.. dengan izin Tuhan malam ni aku tunaikan janji tu. Hmmm macam cakap sorang2 pulak. Tak kisah la.. asalkan aku bahagia menulis begini. Huhu.

Akhirnya Latihan Ilmiah aku atau Tesis aku siap juga dijilid pada 03 Februari yang lepas. Setelah berbulan2 bertungkus-lumus menyiapkan LI tu akhirnya dapat juga aku jilid dengan tinta emas sebanyak 4 buah. Kawan2 ada yang jilid 2 buah jak untuk dihantar ke fakulti. Aku pulak jilid sampai 4 buah. 2 hantar ke fakulti, 1 untuk simpanan aku dan 1 lagi untuk seseorang yang sangat banyak menyumbang dan membantu sepanjang LI ni aku siapkan. Hadiah untuk dia sebagai tanda penghargaan san semoga berguna sama ada dalam persatuannya atau something else. Insya-Allah dengan izinNya aku akan menyambung semula hasil tulisan ini.

Ok nak story secara ringkas tentang LI yang aku buat tu. Tajuknya, “Amalan Adat Mappanno Dalam Kalangan Masyarakat Bugis Di Sandakan, Sabah”. Mula2 sekali act aku nak buat tentang adat2 orang Bugis yang dilihat bercanggah dengan Islam. Tetapi.. memandangkan penyelia aku nak kami kecilkan skop kajian so aku pilih satu adat sahaja. Apa yang bestnya masa mula2 aku cadangkan tajuk kajian ni penyelia terus approve tajuk aku masa 1st perjumpaan hari tu. Tapi masa nak siapkan kajian ni Tuhan jak yang tahu betapa payahnya aku nak siapkan kajian ni. Macam2 halangan, ujian dan tekanan yang dihadapi. Tapi alhamdulillah aku berpuas hati dengan usaha ini. Walaupun ada rasa kecewa sebab pensyarah tak bagi aku A tapi aku terima seadanya kerana mungkin bukan rezeki aku lagi. Tapi dengan apa yang aku usahakan demi menyiapkan kajian ini aku tetap berpuas hati. Hasil usaha aku dengan orang2 di sekeliling aku. Semoga Allah memberkatinya kerana itu yang lebih penting. Amin!

Nak story pasal tajuk pun dah berjela2 ayat. Macam mana nak story isi macam ni? Hehe. Mesti ada kengkawan yang tak tahu makna istilah “mappnno” kan? Act perkataan ni merupakan istilah Bugis. Sesetengah orang Bugis menyebut istilah ini sebagai “mappanongngo”. Maksud kedua2 istilah ni sama jak, iaitu membawa turun atau menurunkan. P/S: jangan cari istilah ni dalam Kamus Dewan sebab confirm tak kan jumpa! Hehe.

Orang Bugis ni kaya dengan adat. Begitu juga dengan bangsa dan etnik yang lain. Adat yang diamalkan ni pula kadang2 sesetengahnya meragukan sebab masih ada pengaruh kepercayaan lama atau animisme. Kalau dalam kalangan masyarakat Bugis ni salah satunya adalah amalan mappanno ni la. Orang2 Bugis yang mengamalkan adat ni akan menurunkan beberapa sajian makanan sama ada ke sungai, kolam dan laut. Sajian makanan tu contohnya macam pulut, ayam panggang dan buah-buahan. Kalau nak tahu, sajian makanan ni pun berbeza2 juga mengikut suku Bugis tu. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya. Saya akan tunjukkan Tesis yang dah jilid tu. Kalau nak story dalam ni sampai esok pun tak habis. Huhu.

Act banyak sangat info yang saya dapat setelah siap kajian ni. Secara kesimpulannya amalan ni sepatutnya tidak diamalkan lagi sebab banyak faktor penolak untuk adat ni terus diamalkan. Amalan ni sebenarnya satu kepercayaan sahaja. Orang2 tua ni biasanya masih terbawa2 dengan amalan nenek moyang dulu. So anak muda harus lebih celik dan paling penting kita harus percaya dan yakin bahawa sakit dan bencana datangnya dari Allah yang esa dan bukan sebab tidak mengamalkan adat tu! Ingat tu! Wallahualam.. 

Taraaaa!!! Akhirnya Tesis aku siap dijilid dengan tinta emas.. 


Ni satu lagi.. pandangan sisi.. Hehe.. Happy sangat sebab rasa macam dah ada buku sendiri.. 


Insyaallah akan menjadi inspirasi aku untuk terus menulis kelak.. (^_~)


Friday, 3 February 2012

Catatan 03 Februari 2012

…Aku kehilangan barang paling berharga.. temukan semula ia untuk ku ya Allah.. hanya padaMu aku memohon dan meminta pertolongan dan Engkaulah berkuasa atas sesuatu yang Engkau kehendaki dan Engkaulah jua yang maha mengetahui apa yang tersurat di hati kecil ini…