Seawal 5.45am dah bangun dan menunaikan kewajipan sebelum memulakan kerja2 yang lain. After that mandi dan bersiap2 untuk pergi kerja pada hari pertama setelah 2 bulan bercuti selepas menamatkan pengajian di sebuah institusi yang melahirkan bakal2 guru. Tapi pagi ni saya bukan nak ke sekolah untuk bertugas sebagai seorang guru tetapi sebagai seorang kerani di sebuah syarikat perniagaan dan pelancongan ni.
Selesai je mengisi perut dengan nasi goreng daripada air tangan mak aku turun dari rumah untuk memanaskan enjin kereta. Tapi awal pagi kereta meragam. Buat hal pulak! Marah aku dalam hati. Emmm selepas mencuba dalam 10 minit nak tak nak kena berjalan kaki menuju ke bus stop lebih kurang 10 minit. Fuhhh!!! Berpeluh! Eleh sebelum tak boleh bawa kereta dan tak de kereta tak mengeluh pun. (Marah juga pada diri sendiri).
My first day pergi kerja dah lewat 15 minit. Haha. Sampai je office aku duduk2 kejap untuk bernafas dengan sempurna. Dah mula rasa boring dah sebab tak tau nak buat apa. Tak de tugas lagi untuk aku. Tak lama tu majikan minta aku menolong seorang stafnya untuk bersihkan gudang beras mereka. Aku tanpa sebarang bantahan pun berlalu ke gudang. Tidak lama kemudian majikan kami menuju ke arahku dan meminta aku menemani stafnya yang seorang lagi ke navy untuk menghantar quotation. Aku pun ikut je la.
Balik je dari sana kami menuju semula ke office. Dalam pukul 10am macam tu kami tiba la kat office. Rasa boring lagi sebab tak de kerja lagi nak buat. Tak lama tu majikan pun panggil untuk edit sedikit kerja guna netbook miliknya. Lepas dah siap tu memang dah tak de kerja sampai lah selesai solat zohor pukul 2pm. Dalam 3 jam duduk saja2 dalam office tu. Dalam 2.30pm majikan call minta saya dapatkan senarai harga barang daripada pekerjanya. Ada pula seorang pekerja tu ingat aku masih diinterview sedangkan dah mula start kerja hari ni.
Siap je kerja tu sampai pukul 5.00pm duduk rileks2 je dalam office. Boring sangat. Sampai terfikir nak berhenti kerja dan esok tak nak g kerja dah. Huhu. Esok ni pun tak sure lagi nak turun kerja atau tak. Huhu.
First day kerja pun dah lewat balik rumah sebab last minit nak balik tiba2 majikan datang office dan ada lagi lah kerja kena buat. So sebagai pekerja kami menurut perintah je. Last but not least, first day kerja memang sangat boring!
Create on 05 March 2012













0 comments:
Post a Comment