Termenung pada petang hari di kala hujan membasahi bumi. Titisan hujan yang seakan menggambarkan dukanya hati pada kala ini. Mengenangkan nasib masa depan seperti yang diimpikan. Namun, apakan daya Allah lebih mengetahui setiap perkara yang akan berlaku di hadapan. Hujan itu juga mengingatkan aku kepada seorang guru yang penuh dedikasi dalam setiap tugasnya. Beliau sangat sukakan hujan dan setiap kali hujan, beliau sangat suka apabila ada insan yang mengucapkan selamat hari jadi padanya. Semoga, beliau kuat dalam menghadapi sakit yang dihadapinya. Aja-aja fighting!!!
Milah! Berangan je ko ni ek.. dah solat asar belom?
Ok2 nek puan siti wan kembang..
Amboi2 sedapnye mulut panggil nama aku macam tu..
Hehe.. ok2.. baik lah akak Siti Kemboja Mat Deris. Nak g solat la ni..
Ha tau takut..
Tak takot pon..
Aku berlari meninggalkan Siti setelah menyakatnya semula. Dalam gelak tawa hatiku menangis. Menangis terkenangkan hubungan aku dengan seorang insan yang aku kasihi terputus begitu sahaja. Setelah tiga tahun hubungan terjalin bersamanya, akhirnya hubungan ini terputus sekelip mata hanya kerana mulut aku yang terlepas cakap. Inilah padah bercakap dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Kemarahan yang datang dalam diri menjadi punca kepada semua perkara yang berlaku. Sabar. Memang pada mulanya aku bersabar dan ku akui kesalahan diri sendiri. Tetapi, aku sering diuji. Aku sering dicabar. Kata maaf yang aku berikan tidak dihargai langsung, malah semakin diasak dengan hal-hal yang dia tidak puas hati.
Akhirnya, aku terlepas cakap mengatakan kata putus. Sungguh aku menyesal. Tetapi, diriku seperti tidak dipandang lagi. Malah, dia juga merelakan. Maka, aku tetap memegang setiap kata yang diucapkan kepadanya. Kata putus yang sungguh memeritkan. Hanya doa yang mampu aku iringkan kepadanya agar terus bahagia dengan kehidupannya kini. Mungkin dia akan lebih bahagia tanpa adanya aku di sisi. Aku mesti kuat untuk menempuhi hari-hari esok tanpa ada dirinya di sisi yang sering memberi semangat dan menghiburkan hati ketika sedih. Aja-aja fighting!!!
Milah! Ko wat ape lama sangat dalam bilik air tu? Aku nak mandi ni. Kang terlewat nak g kelas pula malam ni.
Milah! Dengar tak?
Milah! Ko ok tak dalam tu?
Aku tersedar dalam lamunan ku. Aku membasuh muka agar segar semula. Namun, air muka ku tidak dapat disembunyikan apabila Siti dapat mengetahui aku sembunyikan sesuatu daripadanya. Dia turut bersedih. Namun, kata semangat dia berikan kepada ku agar terus kuat untuk menghadapi semuanya. Ingatlah bahawa Allah pasti tunjukkan hikmah di sebalik semua yang berlaku. Aku tersenyum, lantas dia memeluk tubuhku untuk mengembalikan semangat ku. Maka, menitis lah air mata ku seperti basahnya bumi dek hujan yang tidak henti lagi. Mendung pada petang itu yang berlarutan hingga ke malam seakan memahami perasaan ku pada masa itu. Kuatkan hamba mu ini ya Allah.
Fighting!!


0 comments:
Post a Comment