07hb baru berlalu.. 07/02/12 bermakna 4 bulan telah berlalu.. semoga aku terus tabah menghadapi ujian yang mendatang.. walaupun banyak rintangannya namun doa sentiasa dipanjatkan.. Allah maha mendengar.. Allah juga maha berkuasa atas sesuatu yang dikehendakiNya.
Ok tak nak sedih2 lagi. Officially dalam entry kali ni saya akan bercerita tentang perkara yang selama ini ingin aku ceritakan. Setelah berbulan2 akhirnya aku akan cerita tentang apa yang aku janjikan dulu. Ingat lagi tak? Hmmm dah lupa la tu. Tak pa saya ingatkan kembali.. hari tu kan saya ada janji nak cerita tentang Bugis.. dengan izin Tuhan malam ni aku tunaikan janji tu. Hmmm macam cakap sorang2 pulak. Tak kisah la.. asalkan aku bahagia menulis begini. Huhu.
Akhirnya Latihan Ilmiah aku atau Tesis aku siap juga dijilid pada 03 Februari yang lepas. Setelah berbulan2 bertungkus-lumus menyiapkan LI tu akhirnya dapat juga aku jilid dengan tinta emas sebanyak 4 buah. Kawan2 ada yang jilid 2 buah jak untuk dihantar ke fakulti. Aku pulak jilid sampai 4 buah. 2 hantar ke fakulti, 1 untuk simpanan aku dan 1 lagi untuk seseorang yang sangat banyak menyumbang dan membantu sepanjang LI ni aku siapkan. Hadiah untuk dia sebagai tanda penghargaan san semoga berguna sama ada dalam persatuannya atau something else. Insya-Allah dengan izinNya aku akan menyambung semula hasil tulisan ini.
Ok nak story secara ringkas tentang LI yang aku buat tu. Tajuknya, “Amalan Adat Mappanno Dalam Kalangan Masyarakat Bugis Di Sandakan, Sabah”. Mula2 sekali act aku nak buat tentang adat2 orang Bugis yang dilihat bercanggah dengan Islam. Tetapi.. memandangkan penyelia aku nak kami kecilkan skop kajian so aku pilih satu adat sahaja. Apa yang bestnya masa mula2 aku cadangkan tajuk kajian ni penyelia terus approve tajuk aku masa 1st perjumpaan hari tu. Tapi masa nak siapkan kajian ni Tuhan jak yang tahu betapa payahnya aku nak siapkan kajian ni. Macam2 halangan, ujian dan tekanan yang dihadapi. Tapi alhamdulillah aku berpuas hati dengan usaha ini. Walaupun ada rasa kecewa sebab pensyarah tak bagi aku A tapi aku terima seadanya kerana mungkin bukan rezeki aku lagi. Tapi dengan apa yang aku usahakan demi menyiapkan kajian ini aku tetap berpuas hati. Hasil usaha aku dengan orang2 di sekeliling aku. Semoga Allah memberkatinya kerana itu yang lebih penting. Amin!
Nak story pasal tajuk pun dah berjela2 ayat. Macam mana nak story isi macam ni? Hehe. Mesti ada kengkawan yang tak tahu makna istilah “mappnno” kan? Act perkataan ni merupakan istilah Bugis. Sesetengah orang Bugis menyebut istilah ini sebagai “mappanongngo”. Maksud kedua2 istilah ni sama jak, iaitu membawa turun atau menurunkan. P/S: jangan cari istilah ni dalam Kamus Dewan sebab confirm tak kan jumpa! Hehe.
Orang Bugis ni kaya dengan adat. Begitu juga dengan bangsa dan etnik yang lain. Adat yang diamalkan ni pula kadang2 sesetengahnya meragukan sebab masih ada pengaruh kepercayaan lama atau animisme. Kalau dalam kalangan masyarakat Bugis ni salah satunya adalah amalan mappanno ni la. Orang2 Bugis yang mengamalkan adat ni akan menurunkan beberapa sajian makanan sama ada ke sungai, kolam dan laut. Sajian makanan tu contohnya macam pulut, ayam panggang dan buah-buahan. Kalau nak tahu, sajian makanan ni pun berbeza2 juga mengikut suku Bugis tu. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya. Saya akan tunjukkan Tesis yang dah jilid tu. Kalau nak story dalam ni sampai esok pun tak habis. Huhu.
Act banyak sangat info yang saya dapat setelah siap kajian ni. Secara kesimpulannya amalan ni sepatutnya tidak diamalkan lagi sebab banyak faktor penolak untuk adat ni terus diamalkan. Amalan ni sebenarnya satu kepercayaan sahaja. Orang2 tua ni biasanya masih terbawa2 dengan amalan nenek moyang dulu. So anak muda harus lebih celik dan paling penting kita harus percaya dan yakin bahawa sakit dan bencana datangnya dari Allah yang esa dan bukan sebab tidak mengamalkan adat tu! Ingat tu! Wallahualam..
Taraaaa!!! Akhirnya Tesis aku siap dijilid dengan tinta emas..
Ni satu lagi.. pandangan sisi.. Hehe.. Happy sangat sebab rasa macam dah ada buku sendiri..
Insyaallah akan menjadi inspirasi aku untuk terus menulis kelak.. (^_~)


0 comments:
Post a Comment