Blogger Backgrounds

Pages

Friday, 28 October 2011

Cerita Pendek: Hujan

Termenung pada  petang hari di kala hujan membasahi bumi. Titisan hujan yang seakan menggambarkan dukanya hati pada kala ini. Mengenangkan nasib masa depan seperti yang diimpikan. Namun, apakan daya Allah lebih mengetahui setiap perkara yang akan berlaku di hadapan. Hujan itu juga mengingatkan aku kepada seorang guru yang penuh dedikasi dalam setiap tugasnya. Beliau sangat sukakan hujan dan setiap kali hujan, beliau sangat suka apabila ada insan yang mengucapkan selamat hari jadi padanya. Semoga, beliau kuat dalam menghadapi sakit yang dihadapinya. Aja-aja fighting!!!

Milah! Berangan je ko ni ek.. dah solat asar belom?

Ok2 nek puan siti wan kembang..

Amboi2 sedapnye mulut panggil nama aku macam tu..

Hehe.. ok2.. baik lah akak Siti Kemboja Mat Deris. Nak g solat la ni..

Ha tau takut..

Tak takot pon..

Aku berlari meninggalkan Siti setelah menyakatnya semula. Dalam gelak tawa hatiku menangis. Menangis terkenangkan hubungan aku dengan seorang insan yang aku kasihi terputus begitu sahaja. Setelah tiga tahun hubungan terjalin bersamanya, akhirnya hubungan ini terputus sekelip mata hanya kerana mulut aku yang terlepas cakap. Inilah padah bercakap dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Kemarahan yang datang dalam diri menjadi punca kepada semua perkara yang berlaku. Sabar. Memang pada mulanya aku bersabar dan ku akui kesalahan diri sendiri. Tetapi, aku sering diuji. Aku sering dicabar. Kata maaf yang aku berikan tidak dihargai langsung, malah semakin diasak dengan hal-hal yang dia tidak puas hati.

Akhirnya, aku terlepas cakap mengatakan kata putus. Sungguh aku menyesal. Tetapi, diriku seperti tidak dipandang lagi. Malah, dia juga merelakan. Maka, aku tetap memegang setiap kata yang diucapkan kepadanya. Kata putus yang sungguh memeritkan. Hanya doa yang mampu aku iringkan kepadanya agar terus bahagia dengan kehidupannya kini. Mungkin dia akan lebih bahagia tanpa adanya aku di sisi. Aku mesti kuat untuk menempuhi hari-hari esok tanpa ada dirinya di sisi yang sering memberi semangat dan menghiburkan hati ketika sedih. Aja-aja fighting!!!

Milah! Ko wat ape lama sangat dalam bilik air tu? Aku nak mandi ni. Kang terlewat nak g kelas pula malam ni.

Milah! Dengar tak?

Milah! Ko ok tak dalam tu?

Aku tersedar dalam lamunan ku. Aku membasuh muka agar segar semula. Namun, air muka ku tidak dapat disembunyikan apabila Siti dapat mengetahui aku sembunyikan sesuatu daripadanya. Dia turut bersedih. Namun, kata semangat dia berikan kepada ku agar terus kuat untuk menghadapi semuanya. Ingatlah bahawa Allah pasti tunjukkan hikmah di sebalik semua yang berlaku. Aku tersenyum, lantas dia memeluk tubuhku untuk mengembalikan semangat ku. Maka, menitis lah air mata ku seperti basahnya bumi dek hujan yang tidak henti lagi. Mendung pada petang itu yang berlarutan hingga ke malam seakan memahami perasaan ku pada masa itu. Kuatkan hamba mu ini ya Allah.

Fighting!! 

Thursday, 27 October 2011

Write and Thinking

Apabila aku mula menulis dalam latihan ilmiah ku, semakin banyak yang ingin aku tahu dan ingin kaji.. Walaupun nampak mudah dan biasa sahaja.. Tapi aku rasa berminat untuk mengkaji kerana suatu hari nanti mesti ada individu yang memerlukan data-data sebegini seperti yang aku alami sekarang. Dengan penuh yakin aku percaya bahawa belum ada seorang pun yang membuat sejarah tentang kampung yang aku diami sejak 18 tahun yang dulu. Kenapa 18 tahun? Sebabnya, adik bongsu aku sekarang berusia 18 tahun. Ketika kami berpindah ke kampung ini, mak baharu mengandungkan dia.. Jadi, kelahirannya di kampung itu sama lah dengan jangka masa kami tinggal di sana.

Selain mengkaji sejarah kampung, saya juga ingin mengkaji tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat yang sama bangsa dengan saya, iaitu Bugis. Kenapa? Sebabnya saya merasakan masyarakat Bugis di Sabah seperti ditindas oleh kaum majoriti, iaitu kaum Bumiputera. Isu ini saya rasai sejak berada di bangku sekolah lagi. Tapi, perasaan mengkaji timbul apabila saya terbaca dalam wikipedia yang menyatakan bahawa rakyat berketurunan Minangkabau, Bugis dan Jawa boleh digolongkan sebagai "Melayu" mengikut takrifan perlembagaan. Dalam artikel keberapa saya tidak ingat. Insyaallah saya akan merujuk semula PERLEMBAGAAN tersebut.

Walaupun Bugis digolongkan sebagai Melayu, namun tetap berlaku diskriminasi dalam etnik ini khususnya di Sabah. Tidak dinafikan bahawa antara faktor yang menyebabkan masalah ini adalah kurang kepercayaan daripada pihak tertentu tentang maklumat yang diberikan oleh masyarakat bugis yang ingin memohon kewarganegaraan tetap Malaysia. Malangnya, masyarakat Bugis yang berlaku jujur pun sukar untuk mendapat kepercayaan daripada pihak yang sepatutunya. Di mana hak kami? Dalam PERLEMBAGAAN pun ada dinyatakan tentang syarat-syarat memohon kewarganegaraan.. Masyarakat Bugis ada yang layak untuk memohon kewarganegaraan mengikut kepada perlembagaan Malaysia.

Macam emosi pula saya ni.. H A H A. Apapun, semuanya perlukan bukti. Insyaallah dengan izin Allah saya akan menyelongkar permasalahan-permasalahan tersebut terutamanya berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan Malaysia.

Fighting!!

Saturday, 22 October 2011

Suatu Langkah Permulaan

Di Tuanku Bainun yang tersergam indah.. Mendengar lagu Cinta Muka Buku yang dikira agak popular juga la sekarang ni..Suria FM menjadi pilihan kerana lagu-lagu yang dimainkan memenuhi cita rasa saya sebagai seorang pendengar.. Kehilangan idea membuat tugasan sebab kekurangan bahan.. Bukan tidak mencari buku, tetapi tidak ada rezeki menjumpai buku-buku yang dikehendaki..

El Nino dan La Nina.. Itulah tajuk tugasan saya.. Misi hari ini dapat menyiapkan tugasan ini.. Aja-aja fighting!!

Dalam kebosanan ini teringat pula pada blog yang baru saya cipta ini.. Bukan cipta, tetapi membuat akaun blog sendiri.. Sebelum ni sudah punya blog, tetapi kebuntuan idea untuk menulis di dalamnya.. Tetapi, sejak saya menulis latihan ilmiah, saya semakin jatuh cinta untuk menulis dan terus menulis.. Membaca dan terus membaca.. Mencari dan terus mencari.. berfikir dan terus berfikir.. Sehinggalah saya terfikir untuk berkongsi apa yang saya tahu kepada pembaca yang datang melawat ke blog saya ini..

Saya cinta kepada bangsa saya sendiri.. Saya ingin mengetahui banyak perkara tentang bangsa saya.. Sejarah asal-usul.. adat-istiadat.. masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang sebangsa dengan saya dan semualah yang berkaitan dengan BUGIS.

Bersesuaian dengan tajuk ilmiah saya di tahun akhir pengajian di sebuah universiti yang melahirkan bakal-bakal guru, saya semakin jatuh cinta untuk meneroka tentang BUGIS, menulis tentang BUGIS. Ya.. saya punya hasrat untuk menjadi seorang penulis kelak.. Semuanya dengan izin Allah dan semoga aku mendapat keizinannya..

Inilah pengenalan tentang blog saya ini.. PENCARI ILMU.. ya, saya seorang pencari ilmu.. Ilmu yang diperolehi insyaallah akan dikongsikan kepada sesiapa sahaja..

Firman Allah swt ada menyebut, "sebarkanlah ilmu walaupun sekerat ayat".. :)