Cantiknya tarikh hari ni.. 13/12/11. Jam menunjukkan 3.06am.. Semalaman tak tidur lagi. Berjaga seperti "burung hantu" di malam hari hingga lah ke saat ini. Untuk semester ini, malam ni malam pertama jadi "burung hantu" di saat-saat semester berada di penghujungnya. Berkorban untuk tugasan terakhir.. Sebenarnya sudah terasa letih dengan projek akhir ini... Tapi semangat perlu diteruskan kerana inilah permulaan bagi diri ini untuk terus melangkah ke tahap seterusnya..
Esok dan lusa. Eh silap.. Hari ni dah masuk hari baru. So hari ni dan esok.. Hanya ada masa dua hari lagi untuk siapkan projek akhir sebelum dihantar ke fakulti. Kadang-kadang rasa ntah apa2 yg ditulus dalam penulisan ni. Tapi inilah hasil usaha selama hampir dua semester bertungkus-lumus menyiapkannya. Apa yang aku tidak tahu, Alhamdulillah semakin bertambah ilmu di dada walaupun tidaklah sebanyak mana. Namun, aku tetap bersyukur.


0 comments:
Post a Comment