24 Julai 2008 adalah tarikh aku akan berpisah dengan keluarga yang aku cintai dan sayangi buat kali pertama. Terasa sangat sedih, tetapi demi perjuangan menuntut ilmu di negeri orang, aku gagahkan diri untuk meneruskan langkah dan kehidupan baharu di sana nanti. Hari terakhir aku di Sandakan, semua ahli keluarga menghantar aku ke lapangan terbang. Malah rakan-rakanku ada juga yang menghantarku. Tambah mengharukan bila sahabat karib ku terus bergegas ke airport selepas habis waktu bekerja.
Saat yang dinantikan pun tiba. Aku bersalam-salaman dengan semua yang menghantarku. Air mata ku mula menitis ketika mencium pipi anak-anak saudaraku. Aku mesti akan merindukan mereka nanti. Ketika bersalam dengan mak dan ayah aku tidak mampu berkata apa sebab terasa sangat sebak untuk berpisah dengan mereka. Mak pun kelihatan sedih untuk berpisah dengan satu-satunya anak perempuan mereka. Selepas ni aku akan belajar berdikari tanpa mak dan ayah serta keluarga di sisi.
Lebih kurang 3 jam dalam penerbangan, alhamdulillah aku selamat mendarat di Tanah Semenanjung. Di lapangan terbang, abang kandung aku yang kedua sudah sedia menanti bersama seorang rakannya. Mereka menyambut aku dan membawa beg yang aku bawa menuju ke tempat letak kereta. Jam menunjukkan hampir pukul 9 malam. Sebelum menghantar aku ke rumah, abang membawa aku makan malam di sebuah restoran. Aku ingat lagi masa tu aku pakai baju t-shirt berwarna hitam, tudung hitam dan berseluar jeans.
Selesai makan abang membawa aku ke rumah “girldfriend”nya. Masa tu abang belum kahwin lagi. Tapi sekarang dah ada seorang anak perempuan yang comel dan putih serta bermata sepet. Ala-ala anak korea. Hehe. Mula-mula aku berasa kekok. Tapi memandangkan bakal kak ipar (masa tu) sama bangsa dengan aku, jadi aku mula berasa selesa untuk bercakap. 3 malam aku menumpang di rumah teman wanita abang aku. Sehari sebelum aku melapor diri di salah sebuah IPTA di Malaysia ni, keluarga bakal kak ipar aku mengajak untuk menyertai rombongan meminang adik lelakinya.
Pagi hari Ahad aku akan bertolak ke Perak. Aku akan mendaftar sebagai seorang mahasiswa di universiti yang melahirkan bakal-bakal guru. Pagi tu aku plan nak pakai baju colour biru. Masa gosok baju tu boleh pulak hangus baju aku. Huh! Kenangan pertama yang aku tak boleh lupa. Aku pun tak jadi nak pakai baju tu dan tukar baju colour pink pulak. Pagi tu memang agak skema juga la dengan kasut hitam yang masih berkilat dan file dalam genggaman. Rasa kelakar pula bila diimbas kembali. Haha.
Sampai di Perak (masa tu tak tahu lagi lokasi universiti ni di Tanjung Malim) kami terus ke kolej tempat aku akan mendaftar. Masa tu abang aku, sorang kawan serumahnya, bakal kak ipar aku, adik bakal kak ipar aku dan isterinya menghantar aku. Walaupun terasa sedih sebab bukan mak ayah yang hantar ke kolej, tapi aku bersyukur sebab masih ada yang mengiringi aku ke sini. Selepas mendaftar, kami pun menuju ke bilik yang akan aku diami. Masa semester satu, rumah aku berada di tingkat 5. Boleh kurus naik turun tangga setiap hari (tapi tak kurus2 pun). Haha.
Masa nak menuju ke bilik, ada seorang pelajar lain menegur aku. Dialah orang pertama yang menegur aku ketika aku berada di sini. Nama pelajar tu, Nadia.. sekarang ni dia antara kawan aku di kampus ni. Mungkin dia tak ingat kot pernah tegur aku masa hari pertama mendaftar di kolej. Tapi.. aku akan ingat memori ni sampai bila-bila. Insya-Allah.
Tangga demi tangga kami daki, akhirnya sampai juga ke bilik D504. Saat menyedihkan bila abang dan yang lain hendak pulang. Maka tinggallah aku di kolej bersama rakan-rakan baru. Aku sebenarnya sedih, namun aku sembunyikan kesedihan tu. Ketika bersalam-salaman dengan diorang, terasa nak menangis. Namun aku gagahkan jua diri ini. Setelah abang berlalu pergi aku masuk ke bilik dan bermulalah sesi kenal mengenal dengan rakan-rakan serumah.
Selama setahun aku dan housemate tinggal bersama di rumah tu. Banyak kenangan. Teringat lagi kenangan kawan serumah ni “menggoreng” ayam crispy guna rice cooker. First time aku tengok orang masak guna rice cooker. Masa yang sama ada pula sesi make over dalam bilik. Hehe. Tapi yang sedihnya selepas dua semester kami berpisah dan tidak tinggal serumah lagi. Aku dan roommate aku sahaja yang kekal serumah hingga ke semester akhir. Walaupun tak serumah lagi, namun Ita, Mar, Kak Jie dan Nor telah mencipta kenangan terawal aku di sini. Sekarang ni pun kami still sahabat lagi walaupun sudah jarang bersembang bersama.
Nak cerita kenangan semester satu banyak sangat. Kalau nak cerita sampai esok pagi pun tak habis2. (yeke?). Kenangan semasa semester satu yang tak boleh lupa juga masa saya kena jadi vokalis perempuan untuk persembahan bagi kursus Budaya dan Warisan Nasional. Dah la lagu tradisi, kena nyanyi ikut slanga Sarawak pula. Apa tak nya, persembahan kumpulan aku masa tu nyanyian tradisi orang di Sarawak. Memandangkan kumpulan aku majoriti berasal dari Sarawak maka diorang pun pilih persembahan dar negeri asal.
Kumpulan kami kena ber”Mukun”. Susah juga nak nyanyi. Tapi boleh dikatakan setiap malam sebelum persembahan kami semua berlatih. Ada yang berlatih bergendang, menari dan menyanyi sudah tentu aku. Vokal lelaki pula sekarang ni dah jadi artis di kampus kami. Bakat dia menyanyi. Aku tidak ada bakat menyanyi. Menyanyi dalam bilik air boleh la. Haha. By the way, pensyarah kami tetap memuji suara aku yang dikatakan sesuai dan “klasik” untuk bermukun. Haha.. Kalau tengok semula video yang diambil dulu terasa agak kelakar. Apa pun semua ni kenangan aku semasa mula-mula bergelar sebagai seorang mahasiswa.
Kenangan hanya tinggal kenangan. Aku sudah berada di semester akhir. Hampir 4 tahun aku di sini banyak sangat yang aku lalui. Kalau nak cerita sampai esok memang tak habis. (yang ni mungkin betul). Hehe. Banyak pengalaman yang aku lalui. Suka duka, pahit manis, tawa riang dan macam2 lagi. Semester 8 yang terasa sayu untuk ditinggalkan. Berpisah dengan rakan-rakan, pensyarah, kelas, kuliah dan semua kenangan yang berada di sini.
Ok nak story masa mula2 melangkah masuk semester akhir pula. Hehe. Kuliah sebenarnya 12 September 2011. Tapi, memandangkan aku dah senior lah katakan, jadi suka hati saya je nak datang lewat ke kolej dan kampus. Actually aku dah ada di Semenanjung sebelum kuliah bermula, tapi disebabkan masa tu masih berada dalam mood raya, so aku pun stay seminggu lagi di rumah abang aku. Abang aku dah ada rumah sendiri. Dia tinggal bertiga je dengan anak dan isterinya. Isterinya ni yang aku katakan bakal kak ipar aku la masa awal2 ayat di atas. Hehe. Aku pun dah mula kurang rasa kekok dengan kak ipar aku ni. (sebenarnya ada lagi perasaan kekok tu). Puncanya tidak dapat dikenal pasti. Hehe.
Belum sampai seminggu aku stay di rumah abang aku dah rasa boring. So aku mengambil keputusan untuk balik ke kolej hari Jumaat. Kelas tak ada pun. Kelas untuk semester akhir hanya ada tiga hari je. Isnin hingga Rabu. jadual tak la fit macam sebelum ni. Sebab itu juga la rasa malas nak balik awal ke kampus. Haha.
Sampai di kolej aku terus pergi rumah member aku sebab housemate aku tak ada kat rumah (roommate baru aku kata dia tertidur dan tak dengar mesej). Huhu. Aku pun stay lama kat rumah sorang member ni. Siap temankan dia berbuka puasa lagi petang tu. Dalam pukul 10 aku pulang ke rumah. Sampai bilik aku terus bersih2kan diri, solat dan terus tidur.
Keesokan harinya hari Sabtu. Dalam hati.. ye boleh pergi pasar malam. Beraneka jenis makanan di pasar malam Tanjung Malim. Antara favorite yang bakal aku rindu setelah pulang ke kampung halaman, Rojak Singapura, sate ayam, nasi ayam kfc dan macam2 lagi. (semua ni nikmat dunia). Hehe. Petang tu aku berbuka puasa dengan Maryam (antara sahabat yang rapat dengan aku). Kami berbuka puasa bersama. Indahnya kenangan itu.
Minggu kuliah pun bermula. Dah masuk minggu kedua pun, tapi bagi aku baru minggu pertama. Hehe. Perasaan pertama nak pergi kuliah rasa exited sebab dah lama tak jumpa rakan-rakan setelah cuti yang panjang. Masa tu praktikal jadi kami semua dengan haluan masing-masing yakni mengajar di sekolah. Masa masuk kelas pun rasa exited sebab rindu dengan pensyarah dan suasana kelas. Indahnya kenangan ini.
Actually semester akhir ni semester yang agak busy lah jugak. Kena siapkan tesis. Tesis aku pulak kadang-kadang rasa sakit otak nak fikir dan siapkan. Minggu keempat aku pulang ke kampung (ambil hari yang tak ada kelas) untuk berjumpa responden kajian aku. Salah sendiri sebab tak dengar cakap pensyarah supaya buat awal temu bual ni. Tapi alhamdulillah tesis aku dah hantar hari ini untuk pemeriksaan. Semoga semuanya berjalan lancar dan aku dapat menjilid tesis ni sebelum pulang ke kampung halaman.
Setiap semester bagi aku menyimpan kenangan yang tersendiri. Begitu juga la untuk semester terakhir aku bergelar seorang mahasiswa. Banyak sangat kenangan. Antaranya, aku berulang alik ke Universiti Malaya untuk kajian tesisku. Aku dan rakan-rakanku, Wan, Maryam dah Faseh bertungkus-lumus dan berkorban dari segi kewangan semata-mata untuk kajian latihan ilmiah kami. Semoga Allah memberkati usaha kami. Amin.
Semester ni juga aku menjadi seorang yang kaki library (sebab banyak menghabiskan masa di library). Hehe. Bangun awal pagi dan keluar rumah seawal jam 9 pagi menuju ke kampus. Sebelum masuk library aku pergi sarapan dulu. Kalau Maryam tak pergi library aku pergi sarapan juga walaupun seorang diri. Ala buat don’t know je. Haha. Ingat lagi aku satu hari tu aku pergi library seorang diri. Masa nak sampai kampus tu lalu kat sebuah restoran Melayu. Dari atas bas aku tengok macam sedap je roti canai tu. So turun je dari bas aku pun pergi la ke restoran tu dan order roti telur satu dan the tarik. Perghhh sedap! Hehe.
Baru-baru ni batch aku ada buat majlis Malam PraGraduasi. Mula2 tu tak nak pergi tapi memandangkan dah tulis nama nak tak nak kena join juga. Tapi kira berbaloi juga la sebab kenangan terakhir bersama rakan-rakan sekuliah. Semua ni nanti akan menjadi kenangan sahaja. MPG ni tak ramai yang joint. Lebih kurang 40 orang je yang joint. Apa pun malam tu memang best. Dalam kegembiraan tu sebenarnya ramai yang bersedih sebab selepas ni semuanya akan berpisah dan membawa haluan masing2.
Bagi aku 4 tahun berada di UPSI adalah kenangan terindah dalam diri. Syukur Alhamdulillah Allah bagi aku merasa kebahagiaan ini. Walaupun banyak ujian daripadaNya, namun aku tahu bahawa setiap ujian yang diberikan adalah atas kemampuan aku juga untuk mengatasinya. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji melampaui keupayaan hambanya mengharungi ujian tersebut. Ini bermakna aku juga adalah insan terpilih di sisiNya.
Ni merupakan antara kenangan masa malam pragraduasi di Regency Hotel Kuala Lumpur.
Ni pula antara sahabat yang rapat dengan aku. Kami banyak share cerita.. gelak sama2.. susah sama2.. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan sampai bila-bila. Amin..
~Setiap pertemuan akan ada perpisahan~
(Pencari Ilmu, Disember 2011)




0 comments:
Post a Comment