Aku menulis entry ni jam menunjukkan pukul 12.14am. Maksudnya hari ni merupakan hari terakhir pada tahun 2011. Alhamdulillah aku masih bernafas hingga ke saat ini. Semoga aku, mak, bapa, abang2, adik2, ipar2, anak2 buah, ahli keluarga, rakan2, guru2, dia dan keluarganya terus dipanjangkan usia untuk beribadah di muka bumi Allah. Dengan kata lain, terus meningkatkan amal ibadah untuk bekalan di akhirat kelak. Walaupun kita tidak akan terlepas dari mati, namun selagi bernafas di muka bumi teruskan tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi. Macam trademark melodi pula. Hehe. Kurang tepat tu, sepatutnya selagi kita masih bernafas, perbaiki kelemahan diri dan tingkatkan amal ibadah.
Actually nothing too important to be published in my blog but just to write something which can release my tension to study for the whole day. I don't like to seat for my final exam but I have no choice because I'm still as student and all student have no choice but must seat for final exam. Ish! Melalut speaking pulak. Haha. 3,4,7 Januari 2012 ni merupakan final exam aku bergelar seorang mahasiswa. Alhamdulillah aku hampir menghabiskan pengajianku dalam masa lebih kurang 4 tahun ni. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bila semua dah selesai aku akan kembali ke kampung halaman. Perancangan banyak sangat dan tidak tahu akan terlaksana atau tak. Hanya Dia yang menentukan. But, I will do something like jobs or something else. So that I can get wonderful life. Wonderful la sangat. Padahal tak tahu istilah apa nak tulis. Haha.
Talk about new year mesti ramai yang buat azam baru. Mungkin ada juga azam tahun yang tak tercapai dan continue to next year. Mungkin juga ada azam yang tak tercapai2 sejak dulu dan mungkin juga ada yang tak de azam pun dalam hidup. As a men or women actually mesti ada azam atau impian atau something like that la. Sebab dengan azam ni kita akan berusaha untuk mencapainya. Azam akan buat hidup ni tidak akan kosong sebab ada impian yang ingin kita capai. Tak kisah la impian besar atau kecil. But most important, impian kita tu mestilah untuk meraih keredhaan Allah. Sesungguhnya, ibadah kita, solat kita, hidup kita dan mati kita hanya untuk Allah.
Azam saya simple je untuk tahun depan. TIDAK MENUKAR NOMBOR TELEFON LAGI. Tulisan besar supaya aku tidak lupa azam ni. Haha. Bukan apa, setakat ni rasanya kalau dikira-kira sudah memiliki 8 nombor telefon. Dasyat tak? Haha. Perbuatan sering menukar nombor telefon bukan sahaja dialami oleh individu itu sendiri, malah kepada orang lain. Antaranya ialah individu akan terputus hubungan dengan kenalan-kenalan. Individu tersebut juga akan dimarahi oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kerana mereka sukar menghubungi dengan beberapa nombor yang berada dalam simpanan mereka. Akhir sekali, rakan-rakan atau ahli keluarga tidak dapat menghubungi pada masa kecemasan. Skemanya ayat menjelaskan kesan negatif tabiat ini. Haha. Actually, change new number fon is not my hobby. A have my own reason. Maybe the reason is personal. So I cant tell to all of you.
Cukup setakat ini sahaja.. see you next year.. doakan kejayaan saya menempuhi final exam on this January. (Kalau ada pembaca blog ni) (^_^)
Wish luck for my self. Fighting!!!


0 comments:
Post a Comment