Blogger Backgrounds

Pages

Saturday, 7 January 2012

Apa Saja Tentang Aku

What I want to do? So bored.. sedangkan ada je keje yang saya kena buat.. Packing barang terutamanya. Esok abang saya akan datang untuk ambil semua sisa-sisa barang yang masih ada di kolej ni. Tapi beg pun masih berhabuk lagi belum dibersihkan. Plan nak packing barang malam ni tapi apa pun tak jadi. Termenung memanjang.. ntah apa yang dimenungkan.. mesti ada yang dimenungkan kan.. sebab kalau tak da benda yang nak dimenungkan tak la seorang tu termenung? Ye tak? Kalau tak pun bagi ye juga!

Maybe after saya  mencoret-coret  dalam ruangan ni barulah saya boleh teruskan buat keja apa yang patut. Packing barang! Yeah!! Tapi sebelum tu beg kena bersihkan dulu.. kalau tiba2 kemalasan datang melanda nampak gayanya esok juga la sesi kemas-mengemas ni dilakukan.

Hari ni last day aku ambil exam setelah 8 semester aku di sini. Dalam facebook ramai sangat yang wish pasal dah jadi alumni la.. dah tamat pengajian la.. good luck untuk yang tak habis exam lagi la.. dan macam2 lagi. Bagi saya semua tu normal lah..  saya pun tumpang gembira untuk semua rakan2 yang bahagia menamatkan pengajian di sini. Tidak bahagiakah aku? Syukur alhamdulillah kerana aku juga seperti mereka. Dalam kedukaan ini, rasa syukur itu tetap ada. 4 tahun akhirnya selesai juga. Banyak kenangan manis.. banyak juga kenangan pahit. Begitulah putaran hidup ni. Kadang kita akan rasa bahagia kadang kita akan berasa duka. Apa yang penting? Kerjasama.. eh kurang tepat tu.. apa yang penting? Life must go on even anything happen to us sebab itu la ketentuannya dan kita sebagai hamba di muka bumi ini hanya perancangnya sahaja.

Actually hari ni aku rasa macam tidak ada perasaan je dengan apa yang berlaku di sekeliling. Tapi syukur ku panjatkan kepadaNYA kerana sentiasa membantu aku yang berada dalam kesusahan. Dalam fikiran yang tidak berapa tenang atau dengan kata yang lebih tepat lagi “celaru” Allah tetap memudahkan aku dalam menjawab soalan exam tadi. Walaupun pada mulanya aku tidak berasa yakin untuk ambil exam hari ni, tapi Allah tetap bersamaku. Aku dapat menyiapkan semua soalan dengan jayanya. Semoga Allah melembutkan hati pemeriksa2 yang akan menanda kertas jawapanku untuk aku mendapat keputusan yang cemerlang. Apa pun keputusan adalah dengan izinNYA. Tetapi yang terbaik tetap diharapkan untuk kegembiraan orang tua ku.

Apa yang saya nak share dalam entry ni ialah, apa pun ujian yang diberikan oleh Allah.. hidup mesti diteruskan. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hambanya itu. Hidup ni seperti roda. Kadang2 kita berada di atas. Kita akan berasa bahagia, gembira, suka, ketawa, riang dan semuanya indah. Tapi kita jangan lupa bahawa kita juga akan berada di bawah. Kita akan sedih, duka, nangis dan semuanya perit. Jadi dalam hidup ni kita kena berpada-pada.

Kas.. Fighting!!! Allah is always beside you!!! 

0 comments: