Blogger Backgrounds

Pages

Wednesday, 11 January 2012

Headache + Petaling Street + Misunderstood

Dengan bersumberkan cahaya daripada skrin laptopku, aku menekan2 keypad menaip sesuatu pada masa kurang 5 minit untuk memasuki waktu 1 am pagi. Walaupun dalam keadaan yang tidak berapa stabil, aku teringin untuk mencoret sesuatu dalam laman ini.
First, kepala aku yang sangat sensitif sejak kebelakangan ini. Duduk dalam kenderaan lama sikit akan pening. Duduk lama dalam kereta ber”aircond” kepala pening juga. Kena cahaya matahari terik dalam jangka masa lama dalam sehari akan pening juga. Terlebih tidur pening. Kurang tidur pening. Fikir lebih masalah sikit pening. Apa pun x boleh.. tapi semua ni kerana Allah. So aku x boleh mengeluh. Sakit kan tanda kita di sayang.

Second, actually hari ni aku bawa cousin aku g jenjalan kat Kuala Lumpur. Second time juga aku bawa orang yang first time datang kl. First masa aku bawa adik aku time cuti raya haji yang lepas. Hari ni pula bawa cousin aku yang datang dari Labuan. Actually hari ni bukan 1st time dia datang kl, cuma sebelum ni dia x berkesempatan nak g jenjalan a.k.a shopping2.. nak kata aku dah expert sgt kat kl tu x la juga cuma tau sikit2 tu boleh la.. walaupun pernah tersesat do kota metropolitan tu.. tapi syukur alhamdulillah aku selamat dalam lindungan Allah.

Apa yang aku perasan setiap kali turun kl, pasti ada satu benda baru yang aku belajar terutamanya dari segi selok belok berjalan di bandar besar itu. Macam hari ni, aku sebenarnya 1st time juga jenjalan di Petaling Street tu. Sebelum ni selalu tengok dar atas bas atau lalu dekat situ je.. huhu. Luas juga Petaling Street banding dengan Masjid India. Tapi kedua2nya ada kelebihan tersendiri. Apa yang aku perasan kalau kat Masjid India tu lebih ramai orang tempatan g shopping terutamanya shopping tudung.. beg.. kasut.. aksesori tudung a.k.a kerongsang.. dan macam2 lagi. Aku pun x lepaskan peluang memborong tudung setiap kali g sana.. hehe. Kalau kat Petaling Street pula, yang ramainya pelancong asing. Peniaga2nya pula macam ramai orang Thailand je.. kalau dekat Masjid India pula ramai yang dari Indonesia. Orang Melayu confirm la ada. J

Then, (banyak pula mahu story sal Petaling Street ni.. almaklumlah 1st time sampai.. hehe) kalau dekat Petaling Street ni dah boleh dah jumpa baju2 yang dijual untuk orang lelaki.. kalau dekat Masjid India tu confirm2 semua untuk wanita.. tapi kat Masjid India lagi murah banding dengan Petaling Street J.. Petaling Street ramai pelancong asing sebab kat sana banyak jual barang2 yang sesuai untuk dibuat cenderahati contohnya macam baju t-shirt KL.. keychain dan macam2 lagi la.. Best gak jenjalan tadi. Sempat juga la memborong sedikit sebelum g cari atm lagi.. haha

Ok selesai tentang cerita kl.. back to my story pula. Macam la di atas tu bukan cerita aku.. haha. Apelah aku ni.. ah mana2 lah.. asalkan aku dapat ceriakan diri sendiri. Kepala pun macam dah lega sikit. Alhamdulillah dengan kuasa Allah juga semua tu dan bukan semata2 sebab bam gamat tu.. emmm yang aku nak story sikit ni pasal “jangan ada salah faham”. Faham? Hehe.

Ok macam ni, kadang2 apa yang kita cakap, apa yang kita tulis, apa yang kita baca tidak sama dengan pemahaman orang lain dan kita pun x boleh nak paksa orang lain untuk ikut fahaman kita. Just be yourself. (macam nada marah jak) hehe. Apa yang saya maksudkan, apapun yang kita lihat, dengar atau baca tentang suatu yang tidak baik atau buruk kita mestilah sentiasa berfikiran positif. (nasihat untuk diri sendiri). Sebabnya, kalau kita sentiasa fikir yang negatif.. itu x kena.. ini x kena.. sebenarnya akan merosakkan hati dan fikiran kita sendiri.. kepala sendiri yang akan jadi pening. (adakah aku salah seorangnya? Sebab selalu pening kepala.. Emmm ntah la.. tapi bersangka baik itu adalah lebih penting). Aku cakap apa ni? Macam x faham dengan ayat sendiri. Haha.

~Permulaan tahun baru yang begitu mendugaku~

~But, as we know, Allah is always beside us if you’re put Allah in your heart~

0 comments: