Alhamdulillah setelah 4 bulan lebih aku masih bisa masak. Nasi yang aku tanak tidak lembik, tidak keras dan tidak mentah. Haha. Nampak sangat tak pernah masuk dapur. Eh eh jangan salah faham. Act aku masih kat kolej lagi. Kolej aku duduk ni tak boleh masak. Makan nasi bungkus je. Kadang2 sampai boring asyik makan lauk kedai je. So dalam 4 bulan ni rest kejap keja2 di dapur. Hehe. Sekarang ni pun masih stay kat kolej lagi. Budak2 junior semua dah balik kampung sebab dah cuti sem. Cuti sem kafe pun ikut cuti juga. So pepandai kami la cari makan kat sini. Jalan mudah masak sendiri kat rumah. Periuk belanga tak de, guna rice cooker semua boleh. Ops pecah rahsia.. hehe.
Dah rasa lama tak menulis dalam laman ni. Last night act nak update blog tapi layan cite korea. Pagi tadi selesai episod akhir. Hehe. Cite baru2 ni x la best sangat. Kalau ada lima bintang aku bagi 2 bintang je. Kedekutnya! Haha. Secara ringkas cerita tu tentang BFF antara lelaki dan perempuan. Tinggal serumah pulak tu. Bercinta punya bercinta dengan pasangan masing2 tapi tetap clash. Nak tunjuk jodoh tu milik mereka la. Hehe. Masing2 risau sebab dah lanjut usia tak kawin2 lagi. So last sekali bila bff ni separate tempat tinggal barulah mereka sedar bahawa perasaan cinta tu wujud dalam diri antara satu sama lain.
Act dalam entry ni nak story sal journey aku baru2 ni selama 10 hari di negeri Pantai Timur, Kelantan. Termasuk ni dah 3 kali aku berkunjung ke sana. Best! Suasana dan keadaan di negeri tu berbeza dengan tempat2 lain. Tapi tempat lain pun ada keistimewaannya yang tersendiri. Cuma nak story pengalaman setelah beberapa kali ke sana.
Sebelum tu, saya ingin mohon maaf kepada seorang insan yang sentiasa bertakhta di hati kecil ini. Cewah jiwang pulak. Haha. Maaf sebab saya pergi sana secara senyap. Bukan niat untuk menyembunyikan tapi mungkin dengan cara ini lebih baik. Macam yang saya pernah tulis, what ever I do or want to do I’m always remember you. Nak tambah lagi, what ever I do, my mind is always with you. Aish berjela2 pulak ayat jiwang. Ok stop!
Ok, first aku pergi Kelantan ni masa darurat H1N1 tahun 2009 hari tu. Roommate aku yang ajak. Mula2 tu rasa berat juga nak pergi tapi fikir punya fikir dan mak pun dah benarkan bila lagi nak kenal negeri orang kan.. so malam tu kami pun naik lah bas dari kolej kediaman. Lebih kurang 8 9 jam jugak la baru sampai destinasi. Fuhh letih duduk atas bas lama2. Seminggu aku duduk rumah member aku ni. First time aku sampai sana member aku ni bawa pergi jenjalan kat Rantau Panjang. Ingat lagi masa tu aku shopping tudung dan sehelai baju. Hehe.
Second time aku g sana masa praktikal latihan mengajar. Lebih kurang 4 bulan jugak duduk kat sana. Dalam tempoh tu aku stay kat Kg. Penambang, Kota Baharu. Kalau nak g KB lebih kurang 5 minit dah sampai. Tu pun kalau naik kereta. Kalau “merempit” dalam 10-15 minit juga la baru sampai. Kalau nak pergi sekolah lagi dekat dan kejap. Kurang 5 minit dah sampai. Hehe.
4 bulan duduk sana memang macam2 yang saya tahu, saya kenal dan saya alami. Selain pergig jenjalan kat Wakaf Cek Yeh, Pasar Siti Khadijah saya juga dapat kenal aspek2 lain especially masyarakat dan makanan di sana. Kalau bab2 shopping ni of course kat W. C. Yeh atau pasar CT. memang berbaloi2 la belanja kat sana. Hehe. Dalam tempoh praktikal tu mula2 rasa agak kekok sangat. Rasa diri ni macam terkena kejutan budaya. Sangat sukar memahami percakapan masyarakat kat sana. Tapi bila dah bergaul dengan cikgu2 sekolah dan pelajar2 especially yang aku ajar alhamdulillah aku mula dapat sesuaikan diri di sana.
Kalau story sal makanan, aku dapat kenal beberapa jenis kuih tradisional macam bunga tanjung dan tahi itik. Antara 2 tu rasanya tahi itik lagi sedap. Tapi kedua2nya sangat manis. Kuih ni aku kenal masa bulan Ramadhan sebab kuih ni memang famous masa bulan puasa. Bulan puasa tu sempat juga makan colek. Colek ni macam rojak. Pastu ada banyak jenis. Rojak buah, ayam, udang, jemput2.. kalau nak makan akan cicah dengan kuah. Kuah ni pula berbeza2 juga. Ish rasa terliur pulak. Haha.
Ok, yang saya kagum sebenarnya dengan negeri ni sebab Islam. Hari Jumaat adalah hujung minggu. Masa cuti untuk penjawat2 awam, sekolah dan yang lain2 lagi. Jumaat adalah hari beribadah. Tapi tak bermaksud hari lain tak boleh beribadah. Kebanyakan kedai akan tutup pada hari Jumaat termasuklah kedai2 besar seperti MyDin yang akan tutup untuk memberi ruang kepada pekerja2nya pergi solat Jumaat khususnya lelaki. Kalau kat kedai2 besar ni juga pekerja2 perempuan yang muslim diwajibkan bertudung sebab akan dipantau oleh pihak berkuasa yang tertentu. Kalau didapati pekerja perempuan yang beragama Islam tidak bertudung mereka2 tu akan disaman. Best kan? Kalau aku pergi jenjalan ni mata akan melilau sana sini. Bukan cari mamat2 handsome tapi nak tengok persekitaran tempat tu. Apa yang saya perasan kebanyakan bangunan2 besar ni di samping tulis nama bangunan dengan tulisan bahasa Melayu akan ada juga tulisan Jawinya. Best kan? Ha ni antara kelainan negeri ni dengan negeri2 yang aku pernah pergi la.
Kali ketiga aku pergi sana baru2 ni. Memandangkan tiket flight aku postpone sebulan so aku mengisi masa cuti ke sana lagi sementara balik semula ke UPSI untuk menjilid tesis. Bila semua dah selesai baru boleh balik kampung. Horey!!! Ok masa kat sana aku stay kat rumah 3 orang member. First, aku stay semalam rumah housemate aku kat kolej ni. Thanks Sha sebab bawa saya g w.c.yeh.. hehe. Second aku stay kat rumah sahabat saya selama 8 semester di upsi ni. Thanks Wan sebab bawa saya ke pasar ct. hehe. Last, aku stay kat rumah Yam juga teman aku ke kuliah dan ke mana2 di upsi ni. Thanks sebab aku dapat rasa sekali lagi kuih apam yang sangat sedap! Hehe. Thanks untuk family korang sebab sudi menumpangkan aku di rumah korang sepanjang berada di sana. Kalau datang Sabah tu jangan lupa sound2 aku ye. Aku doakan juga supaya korang dapat pergi jenjalan ke negeri Bawah Bayu juga. Hehe. bila lagi nak timba pengalaman di negeri orang kan.
Last but not least, di mana pun kita berada semua dengan izin Allah. Di mana kita berada kejap atau lama pasti akan ada kenangan. Syukur!


0 comments:
Post a Comment