Kenapa harus begini?
Di mana silap ku?
Atau sejak awal lagi aku memulakan kesilapan ini?
Allah… aku lemah…
Bantu aku
Bimbing aku
Tunjukkan aku jalan
Salahkah aku?
Dosakah aku?
Tapi… kenapa aku?
Kerana aku pilihanNya
Aku insan terpilih
Aku istimewa di sisiNya
Bagaimana esok?
Bagaimana bulan hadapan?
Bagaimana tahun hadapan?
Bagaimana masa hadapan?
Seksanya menunggu
Seksanya menanti
Seksanya berharap
Tapi yang pasti… akan menjadi lebih baik…
Atau… akan ada yang lebih baik
Hidup ini penuh cabaran
Jalan yang penuh onak dan duri
Setiap liku harus dilalui
Hingga suatu saat nanti…
Ranjau sepanjang jalan ini akan menjadi indah dalam sanubari…


0 comments:
Post a Comment